Thursday, July 26, 2012

"Ku Redha Dengan Ketentuan Mu Ya Allah"

Assalammualaikum blogger (n_n)
Dah lama sha tidak post apa-apa dekat blog,rindu rasa nya.Dekat sini sha ingin berkongsi sedikit dari pembacan sha dari buku burhan sodiq ada hadis menyebut."sesunguhnya ALLAH swt berfirman pada hari kiamat kelak,"mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan ku? hari ini ku naungi mereka,dimana tidak ada naungan yang lain selain naungan ku"

indah bukan,Allah memahami naluri kita sebagai manusia :)
Allah mempunyai 99 kasih sayang dan satu dari nya diturunkan ke bumi iaitu rasa kasih dan sayang sesama insan,ya itu lumrah manusia yang tidak dapat disangkal mahupun lelaki ataupun perempuan.

cont..dengan episod hati sha..
terkadang sha rasa seolah-olah jasad sha bersama yang lain tapi tidak hati sha,hati sha ada pada insan lain.kadang sha terfikir adakah sha tipu diri sha sendiri bersama dengan insan yang sha tidak ada perasaan.tapi tak apalah janji dia bahagia.biarla sha pendam rasa ini janji dia tidak kecewa,sha ibaratkan lalang yang mengikut arus ke kiri pergi nya ke kiri lah sha pergi,ke kanan pergi nya ke kanan la sha pergi.

sha tidak sangup melukakan hati mana-mana insan biarlah sha berkorban,mungkin akhir nanti ia berakhir dengan rasa sayang walaupun tidak sekarang.apa-apa pun biarlah takdir saja yang menentu kan.
sesunguhnya jodoh itu rahsia Allah,sekuat mana kita setia,selama mana kita menungu,sekeras mana kita bersabar,sejujur mana kita menerima pasangan kita.

"jika ALLAH tidak menulis jodoh kita dengan kekasih kita,kita tetap tidak akan bersamanya dan jika ALLAH menulis dia atau mana-mana jodoh kita dia tetap akan jodoh kita walau sesiapa pun begitu, think positive dan terimalah takdirnya kerana tulang rusuk dan pemiliknya tidak akan pernah tertukar dan akan bertemu pada saatnya"

jadi sha redha je la dengan segala-gala nya,pasrah saja soal jodoh ni,yang sha tahu Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.redha..redha..dan redha..
penat sudah mata menangis,dengan segala ujian yang ditempuhi,memang menangis takkan selesaikan masalah.Tapi airmata yang jatuh akan buat kita cukup kuat untuk bangkit semula dan terus berusaha...


nangis puas2 sampai tertido itu dah jadi perkara biasa..

No comments:

Post a Comment